Monday 28 January 2019

Tips Kitar Semula


TIPS KITAR SEMULA

TIPS KITAR SEMULA DI RUMAH

  • Hubungi pusat kitar semula di tempat anda untuk memastikan jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula dan anda juga boleh bertanya jika mereka ada menyediakan tong-tong kitar semula.
  •  Letakkan tong-tong atau bakul-bakul yang berbeza untuk mengasingkan bahan-bahan yang hendak dibuang di tempat-tempat yang strategik seperti di dapur, ruang legar atau ruang tamu, bilik bawah tanah dan garaj.
  •  Asingkan bahan-bahan yang hendak dibuang mengikut kategori yang telah ditetapkan dan pastikan bahan-bahan yang hendak dibuang dibersihkan terlebih dahulu.
  • Labelkan tong-tong atau bakul-bakul kitar semula mengikut kategori bahan yang hendak dibuang
  • contoh :  tong coklat untuk kaca, tong oren untuk aluminum dan plastik dan tong biru untuk kertas Gunakan semula barang-barang lama
  • Guna semula kalendar dan gambar-gambar lama untuk membuat sampul surat
  • Tayar lama boleh digunakan sebagai tempat untuk menanam tumbuhan (pastikan air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
  • Gunakan semula kotak atau riben dan pembalut hadiah yang masih dalam keadaan baik untuk membalut buku atau hadiah
  • Gunakan bekas ais krim untuk menyimpan bahanbahan makanan di dalam peti ais, menyimpan biskut atau tepung. Bekas ais krim juga boleh digunakan untuk menyimpan krayon dan barang-barang mainan.
  • Botol plastik dan tin boleh diubah suai menjadi tempat meletak pensil atau untuk aktiviti kraftangan
  • Perabot-perabot dan pakaian-pakaian lama boleh disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukannya.
  • Buku-buku dan majalah-majalah lama boleh disumbangkan kepada sekolah-sekolah, perpustakaan atau di hantar ke pusat kitar semula.
  • Jadikan aktiviti kitar semula sebagai aktiviti sekeluarga. Wujudkan sesi latihan untuk setiap ahli keluarga dan tentukan siapa yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja kitar semula.



No comments:

Post a Comment

Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai

20190430 | Selasa 1. Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda.  2.  Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anu...